DUNIA > BERITA

UNESCO, China Anjur Simposium Rai Hari Dialog Sesama Tamadun

16/06/2025 09:42 PM

PARIS, 16 Jun (Bernama-CMG) -- Simposium “Dialog Belia Mengenai Masa Depan Sepanjang Laluan Sutera” berlangsung di ibu pejabat Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris baru-baru ini.

Acara anjuran bersama oleh UNESCO dan Delegasi Tetap China ke UNESCO itu diadakan sempena Hari Antarabangsa untuk Dialog Sesama Tamadun yang disambut pada setiap 10 Jun.

Tahun lepas, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan resolusi disyorkan China mengenai pewartaan Hari Antarabangsa untuk Dialog Sesama Tamadun.

Wakil Delegasi Tetap China ke UNESCO, Yang Xinyu dalam majlis perasmian berkata sambutan hari antarabangsa itu memperlihatkan aspirasi masyarakat antarabangsa untuk memperkukuh dialog dan persefahaman tatkala dunia berdepan ketegangan geopolitik, konflik rantau dan  ketidaktentuan global yang semakin meningkat.

Simposium berkenaan disertai wakil-wakil dari Greece, Oman, Uzbekistan, Brazil dan beberapa negara lain serta penerima manfaat daripada Geran Penyelidikan Belia Laluan Sutera UNESCO yang dibiayai kerajaan China.

Antara topik perbincangan utama mencakupi seni dan kesusasteraan, falsafah dan kerohanian, sains dan pengetahuan, serta pencapaian dan nilai tamadun di sepanjang Laluan Sutera.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan