TEHRAN, 18 Jun (Bernama-MNA) -- Keputusan Iran sama ada akan terus kekal sebagai pihak dalam Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) bergantung kepada perkembangan semasa konflik yang sedang berlaku, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
Menurut Wakil Tetap Iran ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Reza Najafi dalam temu bual bersama Rangkaian TV Al Mayadeen, perbincangan mengenai kemungkinan penarikan diri daripada perjanjian itu masih bergantung kepada situasi semasa.
“Keputusan untuk menarik diri daripada NPT atau tidak bergantung kepada perkembangan akan datang,” katanya.
Beliau turut menyeru agar libat urus yang berterusan dengan Lembaga Gabenor IAEA berhubung isu keselamatan serantau dan pengawalan senjata nuklear.
Ketegangan meningkat mendadak sejak 13 Jun apabila Israel melancarkan serangan udara dan dron yang diselaraskan ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, sehingga mencetuskan serangan balas Tehran.
-- BERNAMA-MNA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial