DUNIA > BERITA

Gempa Bumi 6.1 Skala Richter Landa Perairan Hokkaido, Jepun

19/06/2025 10:13 AM

TOKYO, 19 Jun (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda perairan Semenanjung Nemuro di timur Hokkaido pada Khamis, lapor Xinhua yang memetik Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Menurut JMA, gegaran berlaku pada 8.08 pagi waktu tempatan (2308 GMT Rabu) di kawasan cetek di luar pesisir tenggara semenanjung berkenaan.

Agensi itu memaklumkan bahawa gempa mungkin menyebabkan perubahan kecil pada paras air laut di sepanjang pantai timur Lautan Pasifik Hokkaido, namun tiada risiko kerosakan dilaporkan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan