DUNIA > BERITA

Jabatan Negara AS Keluarkan Amaran Untuk Rakyatnya Di Luar Negara

23/06/2025 02:20 PM

WASHINGTON, 23 Jun (Bernama-Anadolu) -- Jabatan Negara Amerika Syarikat pada Ahad mengeluarkan amaran keselamatan global yang menasihatkan rakyatnya di luar negara supaya "mengambil langkah berjaga-jaga tambahan", lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Konflik antara Israel dan Iran telah menyebabkan gangguan perjalanan serta penutupan ruang udara secara berkala di seluruh Timur Tengah. 

“Terdapat juga kemungkinan berlakunya demonstrasi terhadap warga AS dan kepentingan negara itu di luar negara,” menurut kenyataan jabatan itu.

Amaran itu dikeluarkan susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bahawa tentera AS telah melancarkan serangan awal pagi Ahad ke atas kemudahan nuklear Iran di Fordo, Natanz dan Isfahan yang disifatkan sebagai “amat berjaya”.

Konflik tercetus pada 13 Jun lalu apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan