JEDDAH, 1 Julai (Bernama-SPA) -- Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan bahawa lebih 190,000 visa umrah telah dikeluarkan kepada jemaah dari luar Arab Saudi sejak bermulanya musim umrah bagi tahun 1447 Hijrah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Kementerian sebelum ini mengisytiharkan permulaan rasmi musim umrah pada Selasa, 14 Zulhijah 1446 Hijrah, dengan permohonan visa dibuka melalui platform “Nusuk”.
Langkah itu menandakan fasa baharu dalam usaha mempermudah perkhidmatan ibadah umrah selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan pengalaman jemaah di bawah Visi 2030 Arab Saudi.
Menurut kementerian, pengeluaran permit umrah telah bermula pada Rabu, 15 Zulhijah melalui aplikasi “Nusuk”, platform digital bersepadu yang menyediakan perkhidmatan kerajaan kepada jemaah dan pelawat.
Platform itu membolehkan pengguna menempah dan mengeluarkan permit dengan mudah, selain menawarkan pelbagai perkhidmatan digital bagi menyokong dan meningkatkan pengalaman ibadah umrah.
Peningkatan awal dalam permohonan visa umrah ini berlaku selepas musim haji yang sangat berjaya, yang dicirikan oleh prosedur yang lebih lancar, prestasi yang dipertingkatkan serta infrastruktur teknikal yang dinaik taraf, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah.
-- BERNAMA-SPA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial