BEIJING, 3 Julai (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping menggesa golongan muda agar menjunjung cita-cita tinggi, memupuk rasa tanggungjawab terhadap negara, serta bersedia menggalas misi besar yang diamanahkan kepada mereka.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menyampaikan mesej itu menerusi sepucuk surat tahniah bersempena sesi Persekutuan Belia Seluruh China dan kongres Persekutuan Pelajar Seluruh China yang berlangsung di sini pada Rabu.
Beliau menekankan bahawa anak muda memainkan peranan penting dalam usaha membina sebuah negara yang kuat serta merealisasikan kebangkitan bangsa melalui pemodenan bercirikan China.
Xi turut menyuarakan harapan agar golongan muda memperkukuh semangat reformasi dan inovasi, serta terus berusaha untuk mencipta pencapaian baharu dalam fasa pembangunan seterusnya.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial