DUNIA > BERITA

Perjanjian Pengecualian Visa China-Malaysia Berkuat Kuasa Hari Ini

17/07/2025 02:52 PM

BEIJING, 17 Julai (Bernama - CMG) -- Perjanjian Pengecualian Visa Bersama China-Malaysia berkuat kuasa secara rasmi mulai hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani semasa lawatan negara Presiden Xi Jinping ke Malaysia, April lepas.

Menurut perjanjian berkenaan, warga China yang memegang pasport urusan awam dan pasport biasa, serta warga Malaysia yang memegang pasport biasa boleh membuat lawatan atau transit ke negara masing-masing tanpa visa dan tinggal sehingga 30 hari bagi setiap lawatan.

Kemudahan bebas visa itu ditawarkan untuk tujuan pelancongan, lawatan keluarga dan sahabat, urusan perniagaan, program pertukaran, urusan peribadi, rawatan perubatan, dan pengangkutan antarabangsa (anak kapal).

Sebelum ini, China telah melaksanakan dasar pengecualian visa 30 hari secara percubaan bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia mulai 1 Disember 2023.

Data statistik Malaysia pula menunjukkan, dalam tempoh pelaksanaan dasar tersebut, bilangan pelancong China yang melawat Malaysia mencecah 3.8 juta pada 2024, menjadikan China sumber pelancong terbesar bagi Malaysia dari luar ASEAN.

Buat masa ini, China telah menandatangani perjanjian pengecualian visa bersama dengan 158 negara.

--BERNAMA-CMG

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan