GENEVA, 24 Julai (Bernama-CMG) -- China menyeru anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) agar memperkukuh solidariti dan kolaborasi bagi mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala.
Seruan itu dibuat menerusi satu kenyataan dibentangkan China semasa mesyuarat ketiga Majlis Umum WTO selama dua hari yang berakhir di Geneva, Switzerland pada Rabu.
Delegasi China menyatakan bahawa kegiatan dagangan global semakin mencabar, disusuli unsur tidak menentu dan risiko perpecahan yang terus meningkat.
Dalam tempoh beberapa bulan lepas, langkah tarif secara sepihak terus dilaksanakan, menjadikan nilai perdagangan yang terjejas berjumlah US$2.7 trilion, paras tertinggi berbanding yang direkod sejak 2009.
Dalam konteks ini, China merayu kepada anggota WTO supaya mengukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama serta menyokong sistem perdagangan multilateral secara lebih berkesan.
China turut mencadangkan agar Sekretariat WTO mempertingkat pemantauan dan analisis terhadap langkah-langkah sepihak dan perjanjian bilateral, serta segera memanjangkan kepada anggota berhubung kesannya, terutama kesan limpahan negatif yang berpotensi menjejaskan anggota pihak ketiga.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial