GENEVA, 28 Julai (Bernama-WAFA) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa kadar kekurangan zat makanan di Gaza telah mencapai tahap yang membimbangkan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, pertubuhan itu menyatakan bahawa kekurangan zat makanan di Gaza berada pada trajektori yang sangat berbahaya, sebagaimana dibuktikan menerusi peningkatan mendadak jumlah kematian bulan ini.
WHO memaklumkan bahawa kebanyakan kematian akibat kekurangan zat makanan berlaku sebelum atau sejurus tiba di hospital, dengan mayat mangsa berada dalam keadaan amat kurus kering.
Pertubuhan itu mengesahkan bahawa sekatan yang disengajakan ke atas Gaza dan kelewatan penghantaran bantuan telah menyebabkan banyak kematian, sambil menyatakan bahawa hampir satu daripada lima kanak-kanak bawah umur lima tahun di Bandar Gaza mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.
-- BERNAMA-WAFA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial