NEW YORK, 30 Julai (Bernama- CMG) -- Utusan khas kerajaan China bagi isu Asia Barat, Zhai Jun menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan konkrit untuk mempromosikan pelaksanaan pelan “penyelesaian dua negara” bagi mewujudkan keamanan yang menyeluruh, adil dan berkekalan antara Palestin dan Israel.
Seruan ini dizahirkan Zhai ketika berucap pada mesyuarat antarabangsa peringkat tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pelaksanaan “penyelesaian dua negara” di sini, pada Selasa.
Zhai menyatakan bahawa China menentang keras segala kenyataan dan tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa serta niat yang mensia-siakan “penyelesaian dua negara”.
China dengan teguh menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan tahun 1967 dengan ibu kotanya di Baitulmuqaddis Timur, kata Zhai.
China berpendirian bahawa pelaksanaan “penyelesaian dua negara” yang merupakan kesepakatan masyarakat antarabangsa adalah satu-satunya jalan keluar bagi isu Palestin.
China bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa memainkan peranan konstruktif dalam meredakan situasi di Asia Barat pada masa ini.
– BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial