DUNIA > BERITA

Pertambahan Kapasiti Janakuasa Tenaga Boleh Baharu Di China Naik 99.3 Peratus

01/08/2025 04:52 PM

BEIJING, 1 Ogos (Bernama-CMG) -- Pertambahan kapasiti janakuasa tenaga boleh baharu di seluruh China mencatat 268 juta kilowatt pada separuh pertama tahun ini.

Jumlah itu meningkat 99.3 peratus tahun ke tahun, dan mewakili 91.5 peratus daripada jumlah pertambahan kapasiti terpasang, menurut maklumat terkini Pentadbiran Tenaga Negara China (NEA), pada Khamis.

Daripada jumlah itu, tenaga hidro mencatat pertambahan sebanyak 3.93 juta kilowatt, tenaga angin 51.39 juta kilowatt, tenaga suria 212 juta kilowatt, dan tenaga biomas 710,000 kilowatt. 

Menurut NEA, setakat penghujung Jun lepas, kapasiti janakuasa tenaga boleh baharu di seluruh China merekodkan 2.15 bilion kilowatt, menokok 30.6 peratus tahun ke tahun. Jumlah itu sekali gus mewakili 59.2 peratus daripada kapasiti janakuasa di China.

Selain itu, pada separuh pertama tahun ini, jumlah janaan tenaga daripada janakuasa tenaga boleh baharu di China mencecah 1.79 trilion kilowatt-jam, meningkat 15.6 peratus, dan mewakili 39.7 peratus daripada jumlah janaan tenaga daripada janakuasa elektrik di negara ini.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan