DUNIA > BERITA

36 Warga Malaysia Termasuk Lapan Wanita Ditahan Di Penjara Narathiwat

02/08/2025 08:51 PM

NARATHIWAT, 2 Ogos (Bernama) -- Sebanyak lima lagi lelaki warga Malaysia ditempatkan di Penjara Wilayah Narathiwat sejak awal tahun ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan meningkat daripada 31 kepada 36 orang termasuk lapan wanita.

Pengarah Penjara Wilayah Narathiwat Surin Chantep berkata kesemua mereka disabitkan atas kesalahan berkaitan dadah, dengan ada yang masih menunggu perbicaraan, manakala selebihnya telah dijatuhkan hukuman.

Beliau berkata setakat ini kesemua banduan warga Malaysia itu berada dalam keadaan baik serta menjalani hukuman tanpa menimbulkan sebarang masalah.

“Kebanyakan banduan sihat dari segi fizikal dan mental. Pihak penjara juga sentiasa memastikan mereka tidak menghidap penyakit berbahaya.

“Sekiranya ada yang disahkan menghidap penyakit berbahaya, mereka akan dihantar ke hospital yang lengkap dengan kemudahan rawatan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Penjara Wilayah Narathiwat kini menempatkan banduan daripada pelbagai negara, termasuk Malaysia yang disabitkan atas berbagai-bagai kesalahan jenayah, khususnya berkaitan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan