WENCHANG, 5 Ogos (Bernama-CMG) -- China berjaya melancarkan roket pembawa Long March-12 pada Isnin, menghantar sekumpulan satelit internet ke angkasa dalam satu lagi kejayaan program angkasa lepas negara itu.
Roket berkenaan dilancarkan dari tapak pelancaran aeroangkasa komersial Hainan, selatan China pada 6.21 petang, membawa kumpulan ketujuh satelit internet orbit rendah ke orbit yang ditetapkan.
Pelancaran kali ini dijalankan di stesen 2 tapak pelancaran aeroangkasa komersial Hainan.
Sebelum ini, misi pelancaran roket pembawa Long March 8A berjaya dilakukan di stesen 1 pada 30 Julai lalu.
Dua pelancaran berturut-turut dalam masa yang singkat itu membuktikan keupayaan tapak itu dalam menyokong pelancaran berkapasiti tinggi dan kekerapan tinggi secara berterusan.
Tapak Pelancaran Aeroangkasa Komersial Hainan merupakan tapak pelancaran komersial pertama di China, dan kini mempunyai dua stesen pelancaran yang telah beroperasi masing-masing sejak 30 Nov 2024 dan 12 Mac 2025.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial