DUNIA > BERITA

Xizang Capai Kemajuan Besar Pembangunan Sosioekonomi Dalam 60 Tahun Lepas

05/08/2025 05:12 PM

BEIJING, 5 Ogos (Bernama-CMG) -- Xizang mencapai kemajuan besar dalam pembangunan sosioekonomi sejak wilayah autonomi itu ditubuhkan 60 tahun lepas, menurut sidang taklimat Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada pagi Selasa.

Ekonomi di Xizang berkembang pesat, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di wilayah itu merekodkan RMB276.5 bilion (RM162.9 bilion) pada tahun 2024.

Dari segi pengangkutan pula, jumlah keseluruhan jalan raya dan landasan kereta api yang sudah dibuka di seluruh wilayah Xizang masing-masing mencapai 124,900 kilometer dan 1,359 kilometer, sementara jumlah laluan penerbangan domestik dan antarabangsa mencapai 183, menurut statistik sehingga hujung tahun 2024.

Dalam pada itu, empat rangkaian grid elektrik sudah dibina dan beroperasi, dengan grid utama meliputi semua kaunti di Xizang.

Selain itu, bekalan air minum yang selamat telah diwujudkan di kawasan luar bandar, manakala semua kampung telah diliputi rangkaian gentian optik dan internet 4G.

Menurut sidang taklimat itu, pendidikan secara percuma selama 15 tahun dari peringkat tadika hingga sekolah menengah atas telah dilaksanakan di Xizang.

Pada masa sama, sistem perkhidmatan perubatan awam terus ditambah baik di Xizang, dan jangka hayat bagi penduduk Xizang meningkat kepada 72.5 tahun.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan