DUNIA > BERITA

China Akan Terus Main Peranan Konstruktif Bagi Pemulihan Hubungan Kemboja-Thailand

06/08/2025 03:30 PM

BEIJING, 6 Ogos (Bernama-CMG)-- China secara aktif mengekalkan komunikasi rapat dengan Kemboja dan Thailand, serta Malaysia dan negara-negara serantau lain untuk menggalakkan gencatan senjata, mempromosikan komunikasi dan dialog, bagi meredakan ketegangan  antara Kemboja dan Thailand.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media di sini, pada Selasa.

Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Thailand-Kemboja diadakan di Malaysia pada 4 hingga 7 Ogos, dan China diundang untuk menyertai sesi khas mesyuarat itu pada 7 Ogos.

Guo berkata, di bawah koordinasi aktif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, kedua-dua negara Kemboja dan Thailand mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan untuk memperhalusi mekanisme pemantauan gencatan senjata.

"Ini bermanfaat untuk mewujudkan gencatan senjata secara berkesan dan berterusan.

"China akan terus menyokong usaha ASEAN dalam mendorong rundingan damai, di samping mengangkat kesaksamaan dan keadilan, selain memainkan peranan konstruktif demi pemulihan hubungan Kemboja-Thailand," kata Guo.

–BERNAMA-CMG

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan