BERITA TERGEMPAR | Coordination of aid for Pantai Dalam fire victims, meeting sessions with victims and shop operators to be arranged – Fahmi | |
BEIJING, 7 Ogos (Bernama-CMG) -- Kutipan tiket filem di seluruh China, termasuk jualan awal mencecah RMB1.5 bilion (RM930 juta) dalam tempoh enam hari pertama Ogos, dengan filem “Dead To Rights” menduduki tempat teratas, menurut data daripada platform internet tempatan.
Setakat ini, jumlah kutipan tiket musim panas (Jun hingga Ogos) melebihi RMB7.5 bilion.
Tahun ini juga bersempena ulang tahun ke-80 kemenangan China dalam Perang Menentang Pencerobohan Jepun serta Perang Anti-Fasis Dunia.
Pelbagai karya seni diterbitkan bagi memperingati sejarah penting ini serta membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.
Antaranya filem bertajuk "Dead To Rights", yang berkisarkan sejarah pembunuhan beramai-ramai di Nanjing semasa perang, berjaya meraih kutipan sebanyak RMB1.5 bilion dalam tempoh 10 hari selepas ditayangkan.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial