NANNING, 22 Sept (Bernama-CMG) -- Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 yang menutup tirainya di sini pada Ahad menyaksikan lebih 500 projek kerjasama ekonomi dan perdagangan berjaya ditandatangani.
Acara selama lima hari itu meliputi ruang pameran seluas 160,000 meter persegi dan menarik penyertaan lebih 3,200 syarikat dari 60 negara.
Setakat pukul 2 petang Ahad, CAEXPO edisi kali ini menerima kehadiran seramai 221,000 pelawat sekali gus mencipta rekod baharu dalam sejarah penganjurannya.
Ekspo itu turut menyaksikan jumlah produk berteknologi tinggi yang ditampilkan meningkat dengan ketara, antaranya lebih 50 peratus merupakan produk kecerdasan buatan (AI).
Di dewan pameran AI yang dibuka buat kali pertama sempena CAEXPO, kira-kira 1,200 produk dipertontonkan untuk tatapan pengunjung.
Buku biru mengenai prospek kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN bagi 2025-2026 turut disiarkan sempena ekspo berkenaan.
Selain itu, pihak penganjur juga mengadakan sesi promosi bertema kerjasama e-dagang Laluan Sutera China-ASEAN dan beberapa aktiviti lain.
–BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial