BEIJING, 26 Sept (Bernama-CMG) -- China memutuskan untuk tidak meminta sebarang layanan istimewa dan berbeza yang baharu dalam rundingan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Keputusan itu diumumkan pada satu mesyuarat sempena sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York baru-baru ini.
Jurucakap Kementerian Perdagangan (MOFCOM) He Yadong pada Khamis berkata, langkah itu mencerminkan komitmen China untuk memikul tanggungjawab sebagai sebuah negara membangun dan kuasa perdagangan utama di dunia.
Beliau menegaskan, keputusan itu turut bermanfaat bagi pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) serta pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 2030.
Beliau berkata keputusan berkenaan tidak mengubah status China sebagai anggota sedang membangun dalam WTO.
China tetap merupakan negara membangun terbesar dunia dan anggota Selatan Global, katanya.
China juga komited untuk terus mengamalkan multilateralisme jitu dan menyokong sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan.
Oleh itu, China akan bergabung tenaga dengan negara anggota membangun lain bagi merapatkan jurang pembangunan Selatan-Utara dan menyumbang kepada penambahbaikan tadbir urus ekonomi global serta pembinaan ekonomi dunia yang terbuka, kata jurucakap itu.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial