DUNIA > BERITA

Laporan: Kejadian Letupan Gegarkan Ibu Kota Venezuela, Caracas

03/01/2026 06:37 PM

BUENOS AIRES, 3 Jan (Bernama-dpa) -- Beberapa letupan dilaporkan berlaku di ibu negara Venezuela, Caracas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.

Imej yang disiarkan oleh stesen televisyen NTN24 menunjukkan kejadian letupan serta kepulan asap.

Sebuah video daripada saluran VPItv pula memaparkan beberapa helikopter terbang di ruang udara bandar itu pada waktu malam.

Punca kejadian letupan berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Kerajaan Venezuela setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan