DUNIA > BERITA

Syarikat Gergasi Jerman Komited Terus Kembang Sayap Di China

25/03/2026 03:16 PM

 BEIJING, 25 Mac ( Bernama - CMG) -- Wakil syarikat gergasi Jerman yang menyertai Forum Pembangunan China (CDF) menzahirkan hasrat untuk terus mengembangkan sayap di China dengan memanfaatkan peluang daripada pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Robert Bosch GmbH, Stefan Hartung berkata pihaknya telah membuat pelaburan kumulatif sebanyak kira-kira 60 bilion yuan (RM34.4 bilion) di China dalam tempoh sedekad lepas.

Menurut beliau, Bosch akan terus memperluas susun atur pelaburan dalam sektor-sektor utama di China.

"Kami telah membangunkan sejumlah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk projek di sini.

Pasukan kerja tempatan sedang menyelidik dan membangunkan teknologi baharu yang bukan sahaja untuk digunakan di China, tetapi juga menyasar seluruh dunia," kata beliau.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Volkswagen AG, Oliver Blume berpendapat bahawa FYP ke-15 China mampu menjana keperluan pasaran baharu menerusi pembangunan berkualiti tinggi.

Beliau berkata sektor perindustrian baharu yang dilahirkan melalui usaha inovasi akan memacu pertumbuhan ekonomi pada keseluruhannya.

Laporan Tinjauan Keyakinan Perniagaan 2025/2026 yang dikeluarkan Dewan Perniagaan Jerman di China (GCC) menunjukkan sebanyak 93 peratus syarikat Jerman yang bertapak di China tetap memilih pasaran negara Tembok Besar.

Selain itu, separuh syarikat berkenaan merancang untuk meningkatkan pelaburan mereka di China dalam tempoh dua tahun akan datang.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan