ANKARA, 3 April (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Turkiye merangka lima laluan alternatif untuk bekalan minyak dan gas memintas Selat Hormuz sekiranya krisis berpanjangan di Asia Barat, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik media Turki pada Jumaat.
Timbalan Menteri Luar Iran Kazem Gharibabadi berkata pada Khamis, rejim baharu untuk Selat Hormuz akan menetapkan peraturan bagi laluan kapal tentera dan komersial, sambil menambah bahawa masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan tarif.
Sehubungan itu, Turkiye telah merangka lima laluan sebagai alternatif melibatkan gabungan koridor darat dan laut, lapor akhbar Turkiye.
Laluan berkenaan melalui Iraq dan Syria, koridor Suez-Laut Merah dan terdapat juga pilihan melibatkan Oman, menurut laporan itu.
Laluan yang lebih panjang di sekitar Afrika juga dipertimbangkan, tambahnya.
Kepelbagaian laluan penghantaran berkenaan bertujuan mengurangkan risiko gangguan bekalan, lapor akhbar itu.
Pada 28 Feb, Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, termasuk di Tehran, menyebabkan kerosakan dan korban awam.
Iran bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Asia Barat, termasuk di Bahrain, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.
Ketegangan di sekitar Iran telah membawa kepada sekatan de facto Selat Hormuz, laluan utama untuk penghantaran minyak dan gas asli cecair dari negara-negara Teluk Parsi ke pasaran global, melonjakkan harga tenaga.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial