ISTANBUL, 3 April (Bernama-Anadolu) -- Tiga anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cedera, dua daripadanya parah, dalam satu letupan di sebuah pos PBB di selatan Lubnan, menurut Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jurucakap UNIFIL Candice Ardell dalam satu kenyataan menyatakan bahawa letupan di dalam sebuah pos PBB pada petang ini berhampiran kawasan Adaisseh mengakibatkan tiga anggota pengaman cedera, dua daripadanya parah.
Beliau menambah semua anggota yang cedera sedang dibawa ke hospital, sambil memaklumkan bahawa punca letupan itu masih “tidak diketahui.”
Agensi Berita Nasional Lubnan melaporkan bahawa anggota pengaman yang cedera itu adalah daripada kontinjen Indonesia yang berkhidmat di bawah misi pengaman UNIFIL.
Ardell berkata minggu ini merupakan tempoh yang “sukar” bagi anggota pengaman yang beroperasi berhampiran sektor tengah kawasan operasi UNIFIL, sambil mendoakan mereka yang cedera segera pulih sepenuhnya.
Beliau turut mengingatkan semua pihak mengenai kewajipan mereka untuk memastikan keselamatan anggota pengaman, termasuk mengelakkan aktiviti pertempuran berhampiran yang boleh membahayakan mereka.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial