DUNIA > BERITA

Penerbangan Pertama Inisiatif Laluan Makkah Pakistan Berlepas Dari Karachi Ke Madinah

18/04/2026 07:38 PM

KARACHI, 18 April (Bernama-SPA) -- Penerbangan pertama Inisiatif Laluan Makkah berlepas dari Pakistan, membawa jemaah haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz di Madinah, menandakan permulaan operasi inisiatif itu di Pakistan bagi musim haji 1447H/2026M, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Kini memasuki tahun kelapan, inisiatif Kementerian Dalam Negeri itu memperkemas perjalanan haji dengan melengkapkan semua prosedur kemasukan di negara asal jemaah.

Perkhidmatan termasuk pengeluaran visa haji elektronik, pengumpulan data biometrik dan kawalan pasport di lapangan terbang berlepas.

Jemaah haji juga mendapat manfaat daripada perkhidmatan bagasi khusus iaitu beg ditandakan dan diangkut terus ke penginapan mereka di Makkah dan Madinah, membolehkan pengembara melangkau prosedur lapangan terbang semasa ketibaan dan menaiki bas khusus dengan segera.

Sejak dilancarkan pada 2017, Inisiatif Laluan Makkah telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 1.2 juta jemaah.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan