PARIS, 19 April (Bernama-Xinhua) -- Seorang anggota tentera Perancis terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam satu serangan ke atas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan pada Sabtu, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron.
Anggota yang maut itu berkhidmat dengan Rejimen Jurutera Payung Terjun ke-17, manakala tiga lagi anggota yang cedera telah dipindahkan, kata Macron melalui media sosial X, lapor Xinhua.
"Negara memberi penghormatan setinggi-tingginya dan menyampaikan sokongan kepada keluarga anggota tentera kita serta kepada semua kakitangan tentera yang komited dalam misi keamanan di Lubnan," kata Macron.
Segala petunjuk menunjukkan bahawa Hizbullah bertanggungjawab ke atas serangan itu, kata Presiden Perancis itu.
Perancis menuntut agar pihak berkuasa Lubnan segera menangkap pelaku dan memikul tanggungjawab mereka bersama-sama UNIFIL, tegas Macron.
--BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial