DUNIA > BERITA

Tentera Lubnan Buka Semula Laluan Utama Yang Terjejas Akibat Serangan Israel

19/04/2026 08:16 PM

ISTANBUL, 19 April (Bernama-Anadolu) -- Tentera Lubnan memaklumkan bahawa unit khasnya membuka semula jalan Khardali–Nabatieh yang rosak akibat serangan Israel sejak beberapa minggu lalu. 

Akses ke jambatan Burj Rahal–Tyre juga telah dipulihkan sebahagiannya, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.

Kerja pemulihan di jambatan Tayr Falsah–Tyre juga sedang dijalankan dengan penyelarasan Pihak Berkuasa Sungai Litani Kebangsaan, menurut tentera Lubnan dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita nasional Lubnan.

Menurut kenyataan itu, usaha untuk membuka semula jalan, mengalihkan halangan serta mengekalkan keselamatan dalam negeri masih diteruskan.

Sejak 2 Mac, Israel melancarkan serangan ke atas Lubnan yang mengorbankan kira-kira 2,300 orang, mencederakan lebih 7,500 lagi dan menyebabkan lebih sejuta penduduk hilang tempat tinggal, menurut angka rasmi terbaharu Lubnan.

Gencatan senjata sementara selama 10 hari antara Israel dan Lubnan yang berkuat kuasa Khamis lepas bagaimanapun dilaporkan dicabuli.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan