DUNIA > BERITA

Kebakaran Telaga Minyak Di Texas Cetus Pemindahan Penduduk

21/04/2026 03:56 PM

ISTANBUL, 21 April (Bernama-Anadolu) -- Kebakaran di sebuah tapak telaga minyak berhampiran pekan Etoile di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS), pada Selasa mencetuskan respons kecemasan, dengan semua pekerja di lokasi itu berjaya dipindahkan dan disahkan selamat, lapor Anadolu Ajansi memetik pihak berkuasa tempatan.

Pejabat Syerif Daerah Nacogdoches memaklumkan anggota syerif bersama beberapa pasukan penyelamat dikerah ke lokasi kejadian di blok 15000 FM 226, di utara Etoile, susulan laporan mengenai kebakaran berkenaan.

“Laporan awal menunjukkan semua pekerja di tapak itu telah dikenal pasti dan dipindahkan. Pasukan penyelamat masih dalam perjalanan ke lokasi untuk menilai keseluruhan keadaan,” menurut pejabat itu dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa mula memindahkan penduduk di sepanjang Cr. 561 sebagai langkah berjaga-jaga, manakala tindakan lanjut adalah bergantung pada perkembangan semasa di lokasi kejadian.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan