WASHINGTON, 5 Mei (Bernama-Xinhua) -- Seorang individu bersenjata melepaskan tembakan pada Isnin berhampiran Rumah Putih di Washington, DC sebelum ditembak selepas berdepan dengan pihak berkuasa, menurut Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.
Insiden tembakan itu berlaku pada petang Isnin sekitar 15th Street dan Independence Avenue berhampiran Monumen Washington, ketika Presiden AS Donald Trump sedang menghadiri acara perniagaan kecil.
Pegawai membalas tembakan dan menembak suspek, kata Timbalan Pengarah Perkhidmatan Rahsia Matthew Quinn, sambil menambah seorang orang awam turut terkena tembakan namun kecederaan yang dialami tidak mengancam nyawa.
Quinn berkata konvoi kenderaan Naib Presiden AS JD Vance melalui kawasan itu tidak lama sebelum kejadian, namun tiada petunjuk bahawa ia menjadi sasaran.
Rumah Putih ditutup sementara selepas insiden itu, namun Trump dilaporkan meneruskan acara tanpa gangguan.
Jabatan Polis Metropolitan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan kawasan berkenaan telah dikawal rapi.
Pihak berkuasa menggesa orang ramai mengelakkan kawasan itu kerana penutupan jalan dijangka berlarutan selama beberapa jam.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial