DUNIA > BERITA

Arab Saudi Beri Amaran Denda, Usir, Larangan Masuk 10 Tahun Terhadap Pelanggar Permit Haji

05/05/2026 02:59 PM

RIYADH, 5 Mei (Bernama-SPA) -- Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa ekspatriat yang melanggar syarat mendapatkan permit haji akan dikenakan denda SAR20,000, diusir keluar serta dikenakan larangan memasuki Kerajaan Arab Saudi selama 10 tahun.

Ia menegaskan bahawa mendapatkan permit haji rasmi merupakan syarat asas untuk menunaikan ibadah haji, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Kementerian itu menggesa semua pihak supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi musim haji 1447H/2026M serta bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji. Ia turut memaklumkan bahawa pelanggaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Selain itu, kementerian berkenaan menyeru orang ramai melaporkan pelanggaran dengan menghubungi talian 911 di Makkah, Madinah, Riyadh dan wilayah Timur, serta 999 di seluruh wilayah lain di negara itu.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan