DUNIA > BERITA

SIA Lanjutkan Tempoh Pembatalan Penerbangan Ke Dubai Sehingga 2 Ogos Susulan Konflik Asia Barat

06/05/2026 10:22 PM

Oleh Anas Hassan

SINGAPURA, 6 Mei (Bernama) -- Kumpulan Singapore Airlines (SIA) telah melanjutkan tempoh pembatalan penerbangan Singapura-Dubai-Singapura sehingga 2 Ogos 2026 berikutan konflik yang berterusan di Asia Barat.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa penerbangan SQ494 dari Singapura ke Dubai dan SQ495 dari Dubai ke Singapura akan dibatalkan.

"Memandangkan keadaan masih tidak menentu, penerbangan SIA yang lain mungkin turut terjejas. Pelanggan yang terlibat dengan pembatalan ini akan ditempatkan semula dalam penerbangan alternatif atau boleh memohon bayaran balik penuh bagi bahagian tiket yang tidak digunakan," menurutnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.

Syarikat penerbangan itu sebelum ini mengumumkan pembatalan penerbangan yang sama sehingga 31 Mei 2026 susulan konflik berkenaan.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Rabu memaklumkan bahawa kini hanya terdapat 55 penerbangan mingguan antara Singapura dan Abu Dhabi, Bahrain, Doha, Dubai serta Jeddah, berbanding 154 penerbangan mingguan sebelum konflik bermula pada Februari.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan