DUNIA > BERITA

Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump, Lapor WSJ

13/05/2026 10:57 AM

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Reuters) -- Ahli perniagaan Malaysia yang diburu, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu dengan segera.

Permohonan berkenaan difailkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menurut WSJ memetik sumber yang mengetahui perkara itu, dan jika diluluskan, ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah AS terhadapnya.

Laporan itu menyebut laman sesawang Jabatan Kehakiman menyenaraikan permohonan belum selesai bagi “Pardon after Completion of Sentence” atas nama Taek Jho Low yang difailkan tahun ini.

Seorang pegawai Rumah Putih berkata permohonan Low ketika ini tidak berada dalam perhatian Rumah Putih, menurut WSJ.

-- REUTERS


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan