DUNIA > BERITA

Nilai Industri Ruang-masa Beidou China Cecah RMB1.3 Trilion

18/05/2026 01:21 PM

BEIJING, 18 Mei (Bernama-CMG) -- Nilai keseluruhan industri ruang-masa BeiDou China mencecah RMB1.3323 trilion (RM777.4 bilion) pada 2025, menurut kertas putih terbaharu mengenai pembangunan industri berkenaan.

Kertas Putih Pembangunan Industri Ruang-Masa BeiDou China 2026 yang dikeluarkan GNSS and LBS Association of China (GLAC) pada Isnin, menunjukkan sektor itu terus mencatatkan pertumbuhan kukuh, dipacu terutamanya oleh industri navigasi satelit.

Industri navigasi satelit yang menjadi tunjang kepada industri ruang-masa BeiDou merekodkan nilai keseluruhan RMB629 bilion pada 2025, meningkat 9.24 peratus tahun ke tahun. 

Industri ruang-masa BeiDou merujuk kepada sistem perindustrian komprehensif yang berteraskan Sistem Satelit Navigasi BeiDou (BDS), menggabungkan pelbagai teknologi termasuk maklumat geografi penderiaan jauh, telekomunikasi mudah alih dan penentududukan dalam bangunan.

China kini berjaya membangunkan rantaian industri dan bekalan BeiDou yang lengkap merangkumi cip, modul, antena, terminal, integrasi sistem serta perkhidmatan aplikasi.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan