WASHINGTON, 21 Mei (Bernama-Anadolu) -- Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia Palestin, Francesca Albanese daripada senarai sekatan khas AS, Specially Designated Nationals (SDN), menurut laman sesawang Jabatan Perbendaharaan AS pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Langkah itu dibuat selepas seorang hakim persekutuan pada minggu lepas menyekat sekatan pentadbiran Trump terhadap Albanese, dengan memutuskan bahawa tindakan itu melanggar hak beliau di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan AS.
Albanese, warga Itali yang menetap di Tunisia, dikenakan sekatan selepas beliau menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Hague, Belanda supaya meneruskan pendakwaan jenayah perang terhadap pegawai Israel berhubung tindakan mereka di Gaza.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial