ARAFAT, 26 Mei (Bernama-SPA) -- Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) mengeluarkan amaran mengenai kenaikan suhu secara beransur-ansur di Arafat.
Ia bertepatan dengan penurunan ketara tahap kelembapan, yang mungkin meningkatkan sensasi haba dan kekeringan di atmosfera, terutamanya pada waktu siang, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Pusat itu menggesa jemaah haji supaya mengelakkan pendedahan langsung kepada cahaya matahari dan seboleh-bolehnya menjauhkan diri dari kawasan terbuka.
Pusat berkenaan juga menekankan kepentingan berada di kawasan teduh atau tertutup dan mengikut arahan serta garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan mereka semasa ibadah haji.
-- BERNAMA-SPA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial