DUNIA > BERITA

Rel Kereta Api China-Laos Rekod Penghantaran Buah Segar Lebih 100,000 Tan

27/05/2026 02:28 PM

MOHAN, 27 Mei (Bernama-CMG) -- Laluan Kereta Api China-Laos merekodkan penghantaran buah segar rentas sempadan sebanyak 107,900 tan sejak awal 2026, meningkat lebih 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Stesen Mohan, yang terletak di sempadan China-Laos muncul sebagai hab penting bagi eksport buah-buahan dari negara Asia Tenggara ke China.

Penghantaran buah segar rentas sempadan melalui stesen itu terus mencatat rekod baharu sejak awal tahun ini, dengan jumlah buah-buahan import yang dikendalikan mencecah sehingga 3,665 tan sehari.

Pelbagai langkah turut dilaksanakan bagi memudahkan urusan kastam dan pemeriksaan kargo di stesen berkenaan.

Pada masa ini, perkhidmatan rantaian sejuk beku menerusi jaringan kereta api China-Laos-Thailand beroperasi secara berkala, sekali gus memendekkan tempoh penghantaran buah-buahan dari negara Asia Tenggara ke pasaran China kepada tiga hari.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan