DUNIA > BERITA

Trump Tangguh Keputusan Perjanjian Iran Dalam Mesyuarat Dengan Pegawai - Laporan

30/05/2026 09:08 AM

WASHINGTON, 30 Mei (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump belum membuat keputusan mengenai cadangan perjanjian untuk menamatkan perang dengan Iran pada Jumaat semasa pertemuan dua jam dengan para pegawai di Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi memetik The New York Times.

Rumah Putih belum memberikan maklum balas kepada permintaan untuk ulasan mengenai laporan itu yang memetik seorang pegawai kanan pentadbiran.

Terdahulu pada Jumaat, Trump (menerusi platform Truth Social) berkata beliau akan bertemu para pegawai untuk membuat "penentuan muktamad" mengenai cadangan itu, yang didakwanya akan termasuk komitmen Iran untuk tidak langsung mendapatkan senjata nuklear dan pembukaan semula Selat Hormuz kepada perkapalan komersial tanpa had.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan