DUNIA > BERITA

Pasar Di Madinah Catat Peningkatan Aktiviti Perniagaan Selepas Musim Haji

09/06/2026 02:05 PM

MADINAH, 9 Jun (Bernama-SPA) -- Pasar-pasar di Madinah menyaksikan aktiviti perniagaan yang rancak selepas musim haji apabila jemaah membeli cenderamata dan hadiah sebelum pulang ke negara masing-masing, selepas menziarahi Masjid Nabawi, lokasi bersejarah serta masjid-masjid utama di kota itu.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan barangan yang dibeli jemaah merangkumi emas, pakaian, sejadah, tasbih serta pelbagai produk tempatan yang mencerminkan identiti Madinah.

Pasar dan premis runcit menyaksikan permintaan yang meningkat, sekali gus menyumbang kepada pertambahan aktiviti perniagaan dalam tempoh ini.

Kurma kekal antara barangan paling mendapat permintaan sepanjang keberadaan jemaah di Madinah.

Kurma jenis Ajwa dan Safawi mendahului senarai produk paling dicari, selain pelbagai jenis kurma lain.

Kurma segar turut mendapat permintaan ketara tahun ini, berikutan musim menuai yang berlangsung serentak dengan musim haji.

SPA turut merakam suasana kegiatan membeli-belah di pasar-pasar Madinah yang terus menyaksikan momentum perniagaan meningkat susulan ketibaan jemaah di kota itu selepas selesai menunaikan ibadah haji.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan