MOSCOW, 10 Jun (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Presiden Perancis Emmanuel Macron menjemput Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Emir Qatar Tamim bin Hamad Al Thani, untuk menghadiri sidang kemuncak G7 yang akan berlangsung minggu hadapan, menurut laporan Politico.
Laporan Politico menyatakan yang kedua-dua pemimpin Teluk itu dijemput menyertai persidangan bagi membincangkan isu keselamatan serta usaha menyambung semula aktiviti perkapalan di Selat Hormuz.
Emir Qatar telah menerima jemputan namun masih belum jelas sama ada putera mahkota Arab Saudi akan hadir, menurut laporan itu.
Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi juga dijangka mengambil bahagian dalam perbincangan sebagai wakil negara rakan G7, menurut Politico.
Sidang kemuncak pemimpin G7 dijadualkan berlangsung minggu hadapan di Evian-les-Bains, Perancis.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial