DUNIA > BERITA

Mesir Tidak Besarkan Isu Perubahan Jersi Piala Dunia

14/06/2026 05:18 PM

BERLIN, 14 Jun (Bernama-dpa) -- Persatuan Bola Sepak Mesir (FA Mesir) berkata perubahan pada jersi Piala Dunia pasukan itu bukan dibuat pada saat akhir, sebaliknya telah dimaklumkan lebih awal, lapor agensi berita Jerman dpa.

Badan induk bola sepak dunia FIFA memaklumkan kepada pasukan yang dibintangi Mohamed Salah itu bahawa mereka tidak dibenarkan meletakkan tujuh bintang mewakili tujuh gelaran Piala Negara-Negara Afrika di atas lambang pasukan kerana jersi Piala Dunia hanya boleh memaparkan bintang bagi gelaran juara dunia.

FA Mesir memberitahu dpa bahawa pihaknya telah menerima pemberitahuan daripada FIFA beberapa bulan lalu dan “langkah sewajarnya telah diambil serta pengaturan dibuat dengan pihak berkaitan dalam tempoh yang mencukupi.”

“Justeru, ini bukan perkembangan baharu atau sesuatu yang tidak dijangka menjelang permulaan kejohanan,” menurut FA Mesir.

Mesir juga perlu menukar nombor berwarna emas pada jersi kepada warna putih bagi meningkatkan keterlihatan.

FA Mesir berkata perkara itu juga merupakan “keperluan organisasi dan teknikal standard.”

Mesir akan membuka kempen Piala Dunia menentang Belgium pada Isnin, manakala Iran dan New Zealand turut berada dalam Kumpulan G.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan