DUSSELDORF (Jerman), 21 Jun (Bernama-dpa) -- Anggota bomba di bandar Kleve, barat Jerman berhampiran sempadan Belanda, berjaya menyelamatkan seekor burung yang terkena anak panah sehingga tertusuk pada lehernya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan pasukan bomba Kleve pada Sabtu.
Walaupun mengalami kecederaan, burung berkenaan masih mampu berenang dengan pantas di sebuah tasik pada Jumaat, menurut perkhidmatan kecemasan.
Penduduk tempatan yang ternampak burung jenis "great crested grebe" itu dalam keadaan cedera segera memaklumkan kepada pasukan bomba.
"Kami sendiri tertanya-tanya bagaimana burung itu boleh terus hidup. Haiwan itu amat bernasib baik kerana tiada organ penting yang terkena," kata seorang jurucakap pasukan bomba.
Sepasukan penyelamat Jerman bersama sebuah bot bomba digunakan bagi menangkap burung terbabit.
Pasukan kecemasan akhirnya berjaya mengepung dan menangkap burung yang cedera itu sebelum memberikan rawatan awal di tebing tasik.
Burung itu kemudian dibawa ke klinik veterinar untuk menjalani pembedahan.
Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang melepaskan anak panah berkenaan.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial