WASHINGTON, 27 Jun (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mendedahkan reka bentuk baharu pasport negara itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Pasport baharu AS, yang tertulis, ‘Selamat datang, tetapi berkelakuan baik!’” tulis Trump menerusi platform Truth Social.
Imej yang dikongsikan Trump memaparkan potret rasmi beliau, berlatarbelakangkan teks Deklarasi Kemerdekaan AS yang ditandatangani pada 1776, selain elemen bendera Amerika.
Ukiran berwarna emas itu turut dilengkapi tandatangan peribadi ketua negara berkenaan.
Paparan lain pula menampilkan ukiran berdasarkan lukisan terkenal “Declaration of Independence”, dengan tulisan “United States of America 250” di bahagian bawah.
Pada April, Jabatan Negara AS mengumumkan siri pasport edisi terhad dengan reka bentuk khas termasuk potret rasmi Trump, bagi memperingati ulang tahun ke-250 kemerdekaan Amerika.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial