WASHINGTON, 28 Jun (Bernama-dpa) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencalonkan Lance Schroyer sebagai Pengarah Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE), agensi yang menjadi simbol pelaksanaan dasar imigresen tegas pentadbirannya, lapor agensi berita Jerman dpa.
Trump mengumumkan pencalonan itu menerusi platform Truth Social pada Sabtu dan menggesa Senat mengesahkan pelantikan Schroyer.
Schroyer ialah bekas anggota polis negeri Oklahoma dan bekas anggota Kor Marin AS.
Trump menyifatkannya sebagai seorang patriot, manakala CNN melaporkan Schroyer masih kurang dikenali di peringkat nasional.
Kekosongan jawatan itu berlaku selepas Todd Lyons mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pemangku Pengarah ICE beberapa bulan lalu.
Sejak permulaan penggal kedua Trump pada Januari 2025, ICE menjadi lambang dasar imigresen pentadbirannya yang lebih agresif.
Agensi itu melaksanakan beberapa operasi penguatkuasaan imigresen yang mencetuskan kontroversi di bandar-bandar yang diterajui Parti Demokrat, dengan sebahagian pegawainya memakai pelitup muka bagi menyembunyikan identiti.
Operasi berkenaan mencetuskan bantahan meluas di seluruh AS.
Reaksi awam semakin memuncak selepas dua warganegara AS maut ditembak pegawai persekutuan daripada beberapa agensi ketika satu operasi di Minneapolis pada Januari.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial