EKONOMI > BERITA

BHIC PEROLEH KONTRAK KHIDMAT SOKONGAN KAPAL SELAM TLDM BERNILAI RM1.1 BILION

12/06/2024 07:38 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) telah memperoleh kontrak perkhidmatan sokongan 2 berasaskan prestasi untuk Kapal Selam Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM1.1 bilion.

Penyedia penyelesaian maritim dan pertahanan itu berkata anak syarikat milik penuhnya, BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES) menerima surat penganugerahan daripada Kementerian Pertahanan bertarikh 5 Jun 2024, memberikan kontrak kepada BSES.

“Kontrak rasmi antara kerajaan Malaysia dan BSES akan dimuktamadkan dan dilaksanakan kemudian,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

BHIC berkata kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan