EKONOMI > BERITA

Mohamed Rastam Shahrom Sertai RHB Group Sebagai CFO Kumpulan

31/07/2024 08:23 PM

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- RHB Bank Bhd melantik Mohamed Rastam Shahrom sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan berkuat kuasa 1 Ogos 2024.

RHB berkata Mohamed membawa pengalaman dan kepakaran meluasnya kepada bank itu, selepas menjawat peranan penting dalam sektor korporat antaranya Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan CFO Kumpulan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) serta CFO di UEM Sunrise Bhd.

"Kepakaran beliau merangkumi pelbagai bidang antaranya kewangan, strategi, pengurusan perubahan, pembangunan perniagaan dan pengurusan pihak berkepentingan," menurut RHB dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Phuah Shok Cheng yang berkhidmat sebagai Pemangku CFO Kumpulan RHB sejak Januari 2024, dilantik sebagai CFO Serantau dan Ketua Strategi Modal bank itu.

Berikutan tanggungjawab baharu Phuah, beliau akan memanfaatkan kepakarannya untuk memacu prestasi kewangan serantau dan membentuk masa depan strategi modal RHB.

Kumpulan perbankan itu turut mengumumkan pelantikan Kevin Vijendren Davies sebagai Pengarah Urusan dan CEO baharu RHB Investment Bank Bhd bagi menggantikan Ganesh Sabaratnam yang tamat kontrak pada 30 Jun 2024.

RHB turut melantik Tan Boon Ching sebagai Ketua Juruaudit Dalaman Kumpulan.

Pengarah Urusan Kumpulan/CEO Kumpulan RHB, Mohd Rashid Mohamad berkata pelantikan ini membuktikan komitmen RHB untuk sentiasa mengukuhkan kecekapan teras serta mendorong kecemerlangan kepimpinan dalam memacu pertumbuhan strategik kumpulan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan