KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Madelena Mohamed sebagai penolong gabenor yang akan bertanggungjawab ke atas sektor baharu iaitu strategi dan kelestarian berkuat kuasa pada 1 Feb 2025.
Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata sektor itu merangkumi pejabat gabenor, Jabatan Undang-Undang, Jabatan Komunikasi Strategik dan Unit Kelestarian.
“Madelena memulakan kerjaya beliau di BNM pada 1993 dengan berkhidmat di Jabatan Ekonomi.
“Sepanjang 32 tahun, beliau telah memegang peranan kepimpinan termasuk sebagai pengarah di beberapa jabatan iaitu Jabatan Kewangan Islam, Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan, Jabatan Dasar Kewangan Pruden, dan yang terbaharu di Unit Kelestarian,” menurut kenyataan itu.
Madelena memiliki ijazah dalam bidang ekonomi, dengan pengkhususan dalam perakaunan dan kewangan dari London School of Economics and Political Science.
Beliau juga merupakan pemegang sijil Chartered Financial Analyst (CFA).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial