EKONOMI > BERITA

Binastra Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai RM160 Juta

02/08/2024 05:40 PM

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd (Binastra), Binastra Builders Sdn Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM160 juta daripada Dynamicz Sdn Bhd.

Binastra dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak berkenaan melibatkan kerja-kerja perobohan dan pembinaan utama bagi cadangan pembangunan terdiri daripada pejabat setinggi empat tingkat, merangkumi 560 unit, satu tingkat kemudahan, kawasan perkhidmatan, dan lif dengan lobi lif di Damansara Perdana, Selangor.

”Kontrak tersebut bermula pada 2 Ogos 2024, dan dijangka siap pada 30 Julai 2026. Ia dijangka dapat menyediakan aliran pendapatan tambahan kepada kumpulan dalam tempoh tiga tahun kewangan akan datang,” katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Binastra, Datuk Jackson Tan Kak Seng berkata dengan kontrak baharu itu, nilai perolehan kontrak kumpulan akan berjumlah kira-kira RM2.2 bilion, selain memastikan aliran projek yang kukuh dan pendapatan stabil pada tahun-tahun akan datang.

-- BERNAMA

 

TAG: Binastra, Dynamicz Sdn Bhd, Jackson Tan Kak Seng, Damansara Perdana 


SNAA SPSA TLC MAN ZK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan