EKONOMI > BERITA

Perak Transit Cadang Terbit Program Sukuk RM1.5 Bilion

02/08/2024 08:46 PM

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Perak Transit Bhd (PTrans) bercadang menerbitkan program nota jangka sederhana Islam dengan nilai nominal RM1.5 bilion berdasarkan prinsip Syariah sukuk Wakalah Bi Al-Istithmar.

 PTrans dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata program sukuk itu akan mempunyai tempoh kekal yang membolehkan penerbitan sukuk Wakalah mengikut keperluan.

Selain itu, syarikat tersebut juga akan mempunyai fleksibiliti untuk menerbitkan program sukuk yang mematuhi garis panduan kemampanan berkaitan.

Hasil daripada terbitan sukuk itu akan digunakan untuk membiayai dan membayar balik perbelanjaan modal PTrans dan anak syarikatnya.

Ini termasuk kos pembangunan dan pembinaan terminal pengangkutan bas bersepadu merangkap kompleks komersial, Terminal Seri Iskandar, di Bandar Seri Iskandar di Perak, tertakluk kepada margin pendahuluan sebanyak 70 peratus.

Selain itu, dana tersebut akan digunakan untuk membiayai modal kerja am, perbelanjaan modal, pembiayaan semula pinjaman sedia ada, pembiayaan patuh Syariah pada masa hadapan, tujuan korporat am dan peruntukan perbelanjaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan