EKONOMI > BERITA

Unit Mitrajaya Peroleh Kontrak RM151.99 Juta Daripada NCIA

09/08/2024 04:16 PM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Mitrajaya Holdings Bhd (MHB) memperoleh kontrak daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk membina Fasa 2A Taman Sains dan Teknologi Kedah di Bukit Kayu Hitam, Kedah bernilai RM151.99 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, firma pembinaan itu menjelaskan kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd.

Kontrak selama 24 bulan itu bermula daripada tarikh permulaan projek pada 20 Ogos, 2024, tambahnya.

Menurut MHB kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersihnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 dan 2026.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan