EKONOMI > BERITA

Malaysia Manfaat AI, Kenal Pasti Transaksi Wang Dicurigai Melalui NFP - Gabenor BNM

20/08/2024 06:23 PM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Portal Fraud Kebangsaan (NFP) yang dilancarkan hari ini sedang ditambah baik bagi membolehkan kecerdasan buatan (AI) dapat digunakan bagi mengenal pasti transaksi mencurigakan melalui analisis ramalan.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata antara ciri utama NFP adalah reka bentuk modular yang membolehkan penambahbaikan berterusan dilaksanakan pada masa hadapan terhadap infrastruktur asas yang sedia ada. 

Menurutnya, walaupun data menunjukkan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa penipuan kewangan secara keseluruhannya agak kecil berbanding jumlah transaksi kewangan domestik, Malaysia perlu lebih peka mengenal pasti dan mengatasi ancaman ini.

Abdul Rasheed berkata langkah ini bagi memastikan keyakinan terhadap sistem kewangan negara sentiasa terpelihara memandangkan penjenayah siber akan terus mengeksploitasi teknologi untuk mengembangkan taktik mereka.

“Perjalanan kita untuk memerangi penipuan masih panjang dan berliku. Dalam kita mengorak langkah ke hadapan, saya ingin menegaskan mengenai tiga tema utama ke arah usaha kita untuk memerangi penipuan kewangan,” katanya dalam ucaptama semasa pelancaran NFP di sini hari ini.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan