EKONOMI > BERITA

KWSP Lantik Bekas Ketua Setiausaha Negara Sebagai Pengerusi, Berkuat Kuasa 1 Sept 2024

26/08/2024 12:25 PM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa 1 Sept 2024.

Mohd Zuki, sebelum ini Ketua Setiausaha Negara ke-15, akan mengambil alih daripada Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, yang memegang jawatan itu sejak 1 Mei 2020, menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.

“Lembaga Pengarah KWSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Badri atas kepimpinan cemerlang dan sumbangan besar beliau. 

“Pada masa yang sama, Lembaga Pengarah ingin mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Mohd Zuki, yang berpengalaman luas dalam sektor kerajaan dan hala tuju strategik beliau akan terus memacu KWSP kepada tahap yang lebih tinggi,” katanya.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan