Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 3 Jan (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) hari ini mengumumkan Datuk Wan Mohd Fadzmi Che Wan Othman Fadzilah telah menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi Labuan FSA pada 31 Dis, 2024.
Dalam kenyataan kepada Bernama, Labuan FSA menjelaskan pelantikan pengerusi baharu akan diumumkan dalam tempoh terdekat, selepas diluluskan Kementerian Kewangan (MOF).
Wan Mohd Fadzmi berkhidmat sebagai Pengerusi Labuan FSA sejak 1 Jan, 2024, selepas dilantik oleh MOF.
“Pengurusan Labuan FSA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Wan Mohd Fadzmi atas kepimpinan beliau yang dapat menjadi contoh di samping sumbangan yang tidak ternilai sepanjang tempoh perkhidmatannya.
“Usaha beliau telah memberikan asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan kejayaan berterusan Labuan FSA,” tambahnya.
Labuan FSA memaklumkan lembaga pengarahnya yakin Labuan FSA akan memperoleh pencapaian baharu di bawah kepimpinan akan datang.
Labuan FSA ialah badan berkanun yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pentadbiran Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial